Ph gila kuasa.

🚩 PH Gila Kuasa

Oleh: Dr Muslim

  1. Masa Shafie Afdal rampas kerajaan BN Sabah, Musa Aman tidak bubar pun DUN Sabah.
  2. Apabila Musa Aman nak rampas balik kerajaan PH Sabah, Shafie pula bubar DUN Sabah.
  3. Musa Aman kata bahaya buat PRN Sabah sebab Covid 19 sedang merebak pantas di Sabah.
  4. Warisan kata PRN selamat sebab ada SOP.
  5. DAP pun tidak bantah PRN dan sanggup guna logo Warisan.
  6. Sekarang kuasa Warisan pun hilang dan Covid pun mendatang. Padan muka Warisan.
  7. Padan muka Warisan tidak sepadan dengan Covid 19 yang sudah merentas sempadan.
  8. Sekarang rakyat terpaksa menanggung beban akibat nafsu kuasa yang tidak keruan.

Dr Muslim
Kuantan
1 Oct 2020

MampuCentre

Rezeki.

πŸŒΊπŸŒΉπŸ•ŒπŸ•‹πŸ•ŒπŸŒΉπŸŒΊ

Pak Hamka berkata …
(Hj Abdul Malik…..)

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.

Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti.

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.

Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.

kongsi keberkatan rezeki ~
πŸŒΊπŸŒΉπŸ•ŒπŸ•‹πŸ“—